header
 

Cukai Harta Cukai Harta

Majis Perbandaran Johor Bahru Tengah akan mengeluarkan Notis Tunggakan Cukai Harta (Borang E) mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Seksyen 148) sekiranya pembayaran belum dijelaskan. Jika pembayaran tidak dibuat dalam 15 hari dari notis diposkan/diserahkan, pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah akan mengeluarkan Waran Tahanan (Borang F) bagi menahan harta alih (sita) yang mempunyai nilai yang sama.

WARAN TAHANAN
AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 - AKTA 171

[Seksyen 148(4) - Tindakan Untuk Menuntut Tunggakan]

Denda Lewat Bayar Hasil
Kadar
 Bayaran Waran Tahanan Cukai Harta 6% daripada jumlah tunggakan cukai harta

 

Walaubagaimanapun, jika pihak pembayar cukai harta mempunyai masalah dalam menjelaskan tunggakan cukai harta, pihak Majlis menerima permohonan pembayaran secara ansuran dengan menghadirkan diri di ibu pejabat Skudai untuk perbincangan.

NOTIS JUALAN ATAU PINDAHMILIK (Borang I)

Selain dari tanggungjawab membayar cukai harta yang ditetapkan, pembayar cukai harta perlu mengetahui Notis Jualan atau Pindahmilik. Di bawah Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindahmilik dan pembeli atau penerima pindahmilik dalam tempoh 3 bulan memberi notis mengenainya kepada Pihak Berkuasa Tempatan melalui Borang I. Kegagalan berbuat demikian apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM2,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sila dapatkan Borang I (Pindahmilik) di mana-mana kaunter bayaran MPJBT. Permohonan hendaklah dilengkapkan dengan sesalinan Resit Cukai Harta yang telah dijelaskan, sesalinan Geran (Suratan Hakmilik Sementara/Borang 14A) atau sesalinan Surat Perjanjian Jual Beli (bagi Rumah Pangsa/Kondominium/Harta-harta yang belum mendapat hakmilik individu selepas CFO dikeluarkan), sesalinan Kad Pengenalan dan wang pendaftaran sebanyak RM50.00 untuk satu pindahmilik.


Halaman: 1  2