peluang pekerjaan
MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH
PEMBERITAHUAN JAWATAN
 
Permohonan adalah dipelawa dari kalangan rakyat Negeri Johor untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah :-
 
PEMBANTU PENGUATKUASA (TEMPAT  LETAK KERETA)
 KLASIFIKASI  KUMPULAN PERKHIDMATAN
 GRED  JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
SOKONGAN N17
P1 T1 RM  820.38 - P1 T24 RM 2,151.35


A. SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
  iii) mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah;
d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m;
  ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg;
  iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm;
  iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan.
e) calon yang memiliki kelayakan perenggan 1(c) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.  
     

 

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan. 

 

B. TARAF JAWATAN : KONTRAK


C. PEMBERIAN ELAUN DAN KEMUDAHAN

i) Imbuhan Tetap Perumahan
ii) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
iii) Bantuan Sara Hidup

D. CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah yang mana boleh didapati dengan menggunakan sampul surat berukuran 10 cm x 23 cm yang beralamat sendiri dan bersetem 40 sen atau mengambilnya sendiri di JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN, MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH, 81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU. Borang permohonan juga boleh diperolehi dengan memuat turun melalui laman web Majlis www.mpjbt.gov.my sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan.

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘ A ’ Bil. 21.


E. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

        YANG DIPERTUA
        MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH,
        81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU.

                       
        Sebelum atau pada 12 MAC 2010


F. Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tertanggung atas calon-calon sendiri. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 2 minggu dari tarikh temuduga dianggap tidak berjaya.

HAJI MD. FUZI BIN HAJI AHMAD SHAHIMI
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Koridor Raya Multimedia Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Malaysia Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan