tender

MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH
KENYATAAN TAWARAN
( KHAS UNTUK BUMIPUTRA )
 

1.Tender adalah   dipelawa    daripada     kontraktor-kontraktor   bumiputera yang  berdaftar dengan PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR ( PKK )  dan LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA ( CIDB ) yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja serta syarat-syarat berikut :-

Bil.
Tender
Tajuk
Projek
Kelas Kepala
Sub-
Kepala

 Harga
(RM)
MPJBT/T/2/ 2010 Kerja-kerja menurap semula Jalan Sediada di Jalan Putri, Taman Putri Wangsa, Ulu Tiram, Johor. D I
Dan
IV
(1)
Dan
3 (b)
250.00

 

2. Naskah Meja Tender akan dipamerkan mulai 09 MAC 2010 sehingga 30 MAC 2010  semasa waktu pejabat di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 9, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Skudai, Johor.

3. Dokumen Tender akan dijual mulai daripada 12 MAC 2010 sehingga 30 MAC 2010 semasa  waktu pejabat di Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 8, Menara MPJBT, Skudai, Johor Bahru dengan mengemukakan bayaran berupa Wang Tunai bagi setiap set dokumen tawaran atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah sebagai bayaran dokumen Tender.

4. Penender-penender yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat dan lawatan tapak bina pada HARI JUMAAT , 12 MAC 2010 , JAM 09.00 PAGI. Penender – penender adalah dikehendaki berkumpul untuk sesi taklimat sebelum lawatan tapak bina di bilik Mesyuarat Aras 10, Menara Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Kehadiran hanya diambil kepada kontraktor-kontraktor yang membawa surat PENDAFTARAN ASAL Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih sah tempohnya. 

5. Dokumen Tawaran akan hanya dikeluarkan kepada kontraktor (Pemilik Asal) yang membawa surat PENDAFTARAN ASAL Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Taraf Bumiputera dan  Lembaga Pembangunan Industri  Pembinaan Malaysia(CIDB) yang masih sah tempohnya. Kontraktor juga dikehendaki menyediakan satu salinan Surat Pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor ( PKK ), Taraf Bumiputera dan Lembaga Pembangunan Industri  Pembinaan Malaysia  (CIDB ) semasa membuat pembelian dokumen.

6. Semua Dokumen Tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 8, Menara Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Skudai  sebelum jam 12.00 TENGAHARI pada  30 MAC 2010.        

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.  

Koridor Raya Multimedia Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Malaysia Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan