MENU

Cukai Harta

1. Apakah itu cukai harta?
Cukai Harta (Cukai Pintu atau Cukai Taksiran) adalah cukai yang dikenakan ketasa setiap pegangan berkadar dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seperti:Rumah Kediaman Harta perusahaan dan perdagangan, Tanah Kosong, Tanah Pertanian, Unit-unit rumah pangsa, kondominium, Bangunan pejabat, Lain-lain bangunan bertingkat.

2. Bila perlu dibayar?
2 kali dalm tempoh setahun: 1 Januari hingga 28 Februari, 1 Julai hingga 31 Ogos.

Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta

1. Bagaimana cara untuk membatalkan penyewaan sekiranya bayaran telah dijelaskan?
Penyewa hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menyatakan sebab- sebab pembatalan.

2. Bagaimana cara untuk menukar tarikh penyewaan setelah bayaran dijelaskan?
Permohonan hanya akan dipertimbangkan setelah Majlis bersetuju mempertimbangkan permohonan tersebut setelah penyewa membuatnya secara bertulis.

Bahagian Perlesenan

1. Berapa lama lesen akan diproses?
Pihak Majlis akan memproses permohonan lesen berdasarkan kepada lengkapnya sesuatu permohonan dan dokumen-dokumen yang disertakan.

2. Berapakah bayaran lesen yang dikenakan?
Bayaran lesen yang dikemukakan adalah mengikut jenis permohonan lesen pelanggan. Jadual khas disediakan untuk perkara tersebut bergantung kepada kadar dalam belanjawan Majlis.

3. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan lesen perniagaan?
Sila lengkapkan dan kemukakan butiran-butiran / dokumen yang diperlukan.

4. Dimanakah tempat untuk mendapatkan lesen perniagaan (tempat berniaga)?
Bagi mendapatkan lesen premis- tempat berniaga yang sesuai hendaklah ditetapkan sendiri oleh pelanggan mengikut kesesuaian.

5. Bilakah masa seseorang boleh memulakan perniagaan?
Lesen perniagaan akan dikeluarkan dalam tempoh yang telah ditetapkan setelah permohonan yang lengkap diterima.

Apa Itu Cukai Taksiran (Cukai Pintu)

1. Apakah Itu Cukai Taksiran?
Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.

2. Siapakah Pembayar Cukai Taksiran?
Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran.

3. Kenapa Perlu Membayar Cukai Taksiran?
Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.

4. Bila Perlu Dibayar?
Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu :
•    ½ tahun pertama – 1hb. Januari hingga 28hb. Februari.
•    ½ tahun kedua – 1hb. Jul hingga 31hb. Ogos bagi tiap-tiap tahun.
Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran akan dikenakan caj 1% sebulan atau sebahagian daripadanya.

5. Apakah Yang Akan Terjadi Jika Tidak Menjelaskan Cukai Dalam Tempoh Tersebut?
Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut :
•    Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 1 hari daripada tarikh notis. Denda sebanyak 2% daripada baki tunggakan akan dikenakan kepada anda mengikut Seksyen 147(1).
•    *Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas anda. Waran ini membolehkan Majlis merampas barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 10 peratus juga akan dikenakan.

6. Bagaimana Untuk  Mengelakkan Dikenakan Denda Atau Tindakan Mahkamah?
Bayar segera sebelum 28hb. Februari – 31hb. Ogos pada tiap-tiap tahun.

7. Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Bil-Bil Tidak Diterima?
Datang sendiri ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk mendapatkan bil-bil tuan-tuan/puan-puan. Jangan lupa bawa maklumat-maklumat seperti berikut :-
•    No. Lot/No.Rumah dan kedudukan harta.
•    No. Akaun (Jika ada) atau
•    Bawa bil lama untuk rujukan

8. Apakah Tanggungjawab Saya Sebagai Pembayar Cukai?
Adalah penting bagi pembayar cukai membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran.
Pembayar Cukai Taksiran hendaklah:-
•    Menyemak di pejabat Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah samada hartanah anda sudah dikenakan cukai pintu.
•    Membayar cukai pintu sebelum tarikh akhir pembayaran.
•    Memberitahu Majlis jika terdapat pertukaran alamat pos
•    Membekalkan alamat peti surat pos, jika ada.
•    Memberitahu Majlis dengan surat-menyurat ataupun dalam borang F yang boleh didapati dari pejabat. Memaklumkan Majlis jika terdapat pertukaran hakmilik serta menyampaikan salinan memorandum pindah milik atau dokumen hakmilik terakhir atau perjanjian jualbeli dengan melampirkan salinan dokumen diatas.
•    Memeriksa di pejabat Majlis dan menjelaskan sebarang cukai pintu kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku.
•     Memberitahu Majlis melalui surat-menyurat jika bangunan diubahsuai atau dirobohkan.
•    Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika ingin memohon pengurangan cukai pintu atas sebab bangunan anda tidak diduduki.
•    Memberi kerjasama kepada kakitangan-kakitangan Majlis apabila pegangan diperiksa untuk tujuan cukai taksiran.
•    Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika telah mendirikan bangunan tanpa pelan bangunan (Bangunan haram).
•    Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis.
•    Mengambil bil cukai di pejabat Majlis jika anda tidak menerima bil. (Tiada pengecualian denda diberi atas alasan tidak menerima bil cukai taksiran).

9. Jika Saya Hanya Seorang Penyewa Rumah / Bangunan Tersebut Apa Harus Saya Lakukan?
Anda boleh mengemukakan bil-bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda di dalam bangunan itu akan dirampas. Oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151(6). Akta 171 Kerajaan Tempatan, melindungi anda!

10. Mengapa Cukai Taksiran Saya Berbeza Dengan Jiran Saya?
Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh:-
•    Jenis bangunan
•    Keluasan lantai
•    Lokasi
•    Bahan-bahan pembinaan
•    Kegunaan

11. Apakah Saya Layak Menerima Rebat Jika Bangunan Saya Tidak Didiami?
Anda hendaklah memberi notis kepada pihak Majlis jika bangunan anda kosong dan tidak didiami. Anda akan layak untuk diberi rebat jika segala syarat dalam Peraturan 5 dan 6 yang terkandung dalam Peraturan (Kadaran) Pihak Berkuasa Tempatan 1997 dipenuhi.

12. Apakah Yang Harus Dilakukan Apabila Ingin Membeli Sebuah Rumah / Tanah Kosong?
Semak dulu dengan Majlis untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari, Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

13. Jika Saya Telah Tukar Milik / Menjual / Mewariskan Rumah / Harta, Apa Perlu Saya Buat?
Beritahu kepada Majlis dengan mengisikan Borang 1 / Borang J dan lain yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindahmilik dilakukan. Jika gagal Pihak Majlis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160(6) Akta 171.

14. Jika Anda Tidak Mampu Bagaimana Untuk Menjelaskan Cukai?
Majlis akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk membincangkan perkara itu dengan pengawai-pengawai yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai Cukai Taksiran. Sebarang masalah boleh dikemukan di Pejabat Majlis.

Apa perbezaan Cukai Taksiran dan Cukai Tanah?

1. Apa Itu Cukai Tanah?
Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah.  Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.

2. Apakah Perbezaan 'Cukai Taksiran Dan 'Cukai Tanah'?
Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna biru.
Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri.  Bil cukai tanah berwarna kuning.

Lesen Premis Perniagaan dan Iklan

Dokumen yang perlu dibawa semasa memperbaharui lesen

1.  Satu keping gambar berwarna berukuran passport
2.  Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja)
3.  Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan & minumam sahaja)
4.   Lesen asal / lesen papan iklan
5.   Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)

Syarat-Syarat Kelulusan

1. Premis yang di gunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat asas Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan perancang atau Perintah pembangunan(development order- DO)

2. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas bahagian Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan (CF / TCF)

3. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Kesihatan

4. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak keselamatan  Jabatan bomba Malaysia
*    Mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Kebakaran
*   Bangunan di tingkat satu keatas yang mempunyai tangga tunggal tidak dibenarkan menjalankan perniagaan
*  Premis untuk kegunaan bagi aktiviti- aktiviti perniagaan tertentu seperti premis untuk hiburan hendaklah mendapat sokongan Jabatan Polis

Syarat-Syarat Lesen

1. Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatit dalam lesen

2.  Lesen perniagaan hendaklah sentiasa di pamerkan di tempat / di dinding yang mudah di lihat

3. Aktiviti perniagaan hendaklah di jalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama sekali menggunakan kaki lima atau kawasan persekitaran.

4.  Bangunan premis yang di lesenkan tidak boleh diubahsuai  tanpa kebenaran. Sila hubungi Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut

5.  Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga samada didalam /di luar bangunan

6.  Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikam aktiviti perniagaan yang di jalankan tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk dan halangan.

7.  Tong sampah yang mencukupi di sediakan dan sampah sarap hendaklah di masukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum di buang ke dalam tong.  

8.   Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan sebagainya adalah di larang

Pautan Laman