soalan lazim

Cukai Harta

1. Apakah itu cukai harta?
Cukai Harta (Cukai Pintu atau Cukai Taksiran) adalah cukai yang dikenakan ketasa setiap pegangan berkadar dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seperti:Rumah Kediaman Harta perusahaan dan perdagangan, Tanah Kosong, Tanah Pertanian, Unit-unit rumah pangsa, kondominium, Bangunan pejabat, Lain-lain bangunan bertingkat.

2. Bila perlu dibayar?
2 kali dalm tempoh setahun: 1 Januari hingga 28 Februari, 1 Julai hingga 31 Ogos.

Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta

1. Bagaimana cara untuk membatalkan penyewaan sekiranya bayaran telah dijelaskan?
Penyewa hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menyatakan sebab- sebab pembatalan.

2. Bagaimana cara untuk menukar tarikh penyewaan setelah bayaran dijelaskan?
Permohonan hanya akan dipertimbangkan setelah Majlis bersetuju mempertimbangkan permohonan tersebut setelah penyewa membuatnya secara bertulis.

Bahagian Perlesenan

1. Berapa lama lesen akan diproses?
Pihak Majlis akan memproses permohonan lesen berdasarkan kepada lengkapnya sesuatu permohonan dan dokumen-dokumen yang disertakan.

2. Berapakah bayaran lesen yang dikenakan?
Bayaran lesen yang dikemukakan adalah mengikut jenis permohonan lesen pelanggan. Jadual khas disediakan untuk perkara tersebut bergantung kepada kadar dalam belanjawan Majlis.

3. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan lesen perniagaan?
Sila sediakan wang bayaran pembelian borang lesen. Sila lengkapkan dan kemukakan butiran-butiran / dokumen yang diperlukan.

4. Dimanakah tempat untuk mendapatkan lesen perniagaan (tempat berniaga)?
Bagi mendapatkan lesen premis- tempat berniaga yang sesuai hendaklah ditetapkan sendiri oleh pelanggan mengikut kesesuaian.

5. Bilakah masa seseorang boleh memulakan perniagaan?
Lesen perniagaan akan dikeluarkan sebaik sahaja semua permohonan lesen mendapat kelulusan dalam mesyuarat penuh.

Koridor Raya Multimedia Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Malaysia Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan