header BM
 
Jabatan Kejuruteraan & Bangunan

Objektif

1. Merancang, Membina Dan Menyelenggara Infrastruktur Dan Kemudahan Awam.
2. Mengawal Pembangunan Infrastruktur Yang Dilaksanakan Oleh Pemaju Termasuk Kawalan Kerja Tanah, Pembinaan Jalanraya, Sistem Saliran Dan Lampu Jalan.

 

Aktiviti Utama

Bahagian Kawalan Insfrastruktur

1. Menyemak kesempurnaan permohonan pelan-pelan projek kerjatanah, jalan dan perparitan dan menyediakan ulasan-ulasan kepada Jabatan Urusetia Pusat Setempat (OSC) dan Iskandar Investment Berhad (IRDA).
2. Menyemak kertas-kertas perakuan bagi pembentangan kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa Urusetia Pusat Setempat (OSC).
3. Menyemak kesempurnaan permohonan pelan-pelan ubahsyarat, serahbalik kurnia semula dan lain-lain berkaitan tentang tanah dan menyediakan ulasan kepada Urusetia Pusat Setempat (OSC) dan Iskandar Investment Berhad (IRDA).
4. Menyemak kesempurnaan permohonan pelan-pelan kebenaran merancang dan susunatur (layout) dan menyediakan ulasan kepada Urusetia Pusat Setempat (OSC) Dan Iskandar Investment Berhad (IRDA).
5. Membuat pemeriksaan serta memberi ulasan bagi perakuan Sijil Kelayakan Menduduki (S.K.M), perakuan siap serta pematuhan (CCC) serta pengembalian wang amanah dan menerima penyerahan projek infrastruktur serta penguatkuasaan.
6. Membuat lawatan pemeriksaan terhadap aduan awam dan masalah-masalah yang berkaitan projek kerjatanah dan infrastruktur.
7. Memantau dan memastikan bahawa pihak-pihak yang terlibat mematuhi peraturan yang terdapat dalam Akta Jalan, Perparitan dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Kerjatanah MDJBT 1995.

 

Bahagian Jalan & Lalulintas

1. Menyelenggara Jalan Dan Perabut Jalan Sediaada.
2. Menaiktaraf Dan Membina Jalan.
3. Menyemak, Meluluskan Dan Memantau Permohonan Agensi Utiliti Yang Melibatkan Korekan Jalan.
4. Pengurusan Lalulintas.

 

Bahagian Kemudahan Awam

1. Melaksanakan Projek Pembangunan Kemudahan-Kemudahan Awam.
2. Merancang Dan Melaksanakan Projek Pembangunan Kemudahan-kemudahan Awam Seperti Jejantas / Padang Bola / Pondok Bas Dan lain – lain.
3. Menyelenggara Kemudahan Awam Seperti Jejantas / Padang Bola / Pondok Bas Bagi Keselesaan Penduduk.

 

Halaman: 1  2  

               
Unit Pusat Universiti Koridor Raya Multimedia KEJORA Portal Kerajaan Negeri Johor Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Malaysia MyIdeas Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
               


Saiz Teks & Warna Teks :
Kecilkan Teks Besarkan Teks Set_Semula Teks Merah Teks Biru Teks Hijau
| Latar Belakang :
| Teks Suara :
Teks Suara