header BM
 
Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)

1. Pendahuluan  

Bagi bangunan atau tanah yang akan dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata, wujud bahagian yang dinamakan harta bersama yang boleh digunakan oleh semua penghuni. Bangunan dan harta bersama ini perlu disenggara dan diurus dengan sempurna. Ini memerlukan pihak yang diberi kuasa dan tanggungjawab mengendalikannya dan dana untuk membiayai kos penyenggaraan dan pengurusan ini.  
 
Bagi memastikan tanggungjawab penyenggaraan dan pengurusan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan serta untuk menjaga kepentingan semua yang terlibat secara adil, Kerajaan telah menyediakan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan peraturan-peraturan di bawahnya.  
 
Kini satu Akta baru diperkenalkan khusus untuk memperkemaskan hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama, iaitu Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663]. Akta ini mula berkuatkuasa di seluruh negeri mulai 12 April 2007. 

Dengan berkuatkuasanya Akta 663, tanggungjawab mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama yang dijalankan oleh Pemaju, JMB dan MC akan dilaksanakan oleh COB. Peranan utama COB ialah menguatkuasakan peruntukan undang-undang berpandukan kuasa yang diberikan oleh kedua-dua Akta 663 serta Bahagian VI dan VII Akta 318.  

2. Piagam Pelanggan Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)

2.1 Memastikan setiap aduan yang diterima dari segi pengurusan dan pentadbiran diambil tindakan dalam masa 7 hari bekerja.
2.2 Memastikan setiap aduan berkaitan akaun / kewangan diambil tindakan dalam masa 10 hari bekerja.
2.3 Memastikan setiap aduan berkaitan penyenggaraan diambil tindakan dalam  masa 10 hari bekerja.
2.4 Memastikan pengeluaran Sijil JMB dilaksanakan dalam  masa 5 hari bekerja dengan syarat semua dokumen yang lengkap dipenuhi.
2.5 Memastikan pengeluaran notis peringatan kepada pemilik yang tidak bayar caj penyenggaraan dibuat berdasarkan:
  2.5.1 2-50 notis - 4 hari bekerja
  2.5.2 51-150 notis - 6 hari bekerja
  2.5.3 151-200 notis - 8 hari bekerja
  2.5.4 201- ke atas - 10 hari bekerja                                                                                  

 

3. Objektif

3.1 Memperkemaskan kaedah mengawal selia penyenggaraan dan pengurusan dengan berkesan bagi semua jenis bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata.
3.2 Menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan serta mewujudkan kesedaran di antara pembeli/pemilik/pemaju/Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body – JMB)/Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC) berkenaan isu penyenggaraan dan pengurusan bangunan selaras kehendak Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) – Building And Common Property (Maintenance And Maagement Act) 2007 (Act 663).
3.3 Memperkemas dan meningkatkan aspek penguatkuasaan serta pelaksanaan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan ) 2007 (Akta 663) – Building And Common Property Maintenance And Management Act ) (Act 663).

 

Halaman: 1  2  

               
Unit Pusat Universiti Koridor Raya Multimedia KEJORA Portal Kerajaan Negeri Johor Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Malaysia MyIdeas Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
               


Saiz Teks & Warna Teks :
Kecilkan Teks Besarkan Teks Set_Semula Teks Merah Teks Biru Teks Hijau
| Latar Belakang :
| Teks Suara :
Teks Suara