header BM
 
Bahagian Komputer & Teknologi Maklumat

Pengenalan

Bahagian Komputer dan Teknologi Maklumat telah diwujudkan pada pertengahan bulan Jun tahun 1993 dimana pada mulanya kakitangan jabatan ini hanya 3 orang. Jabatan ini dahulunya dikenali sebagai Unit Komputer dan kini telah bertukar kepada Bahagian Komputer dan Teknologi Maklumat. Sehingga kini jumlah keseluruhan kakitangan bahagian ini adalah seramai 9 orang.

Piagam Pelanggan

1.
Sentiasa menyediakan maklumat yang lengkap dan terkini mengenai MPJBT di dalam laman web MPJBT
2.
Bersedia untuk bertindak terhadap sebarang aduan kerosakan peralatan IT di dalam MPJBT selewat-lewatnya 3 jam daripada masa menerima aduan
3.
Memastikan keselamatan rangkaian komputer sentiasa terjamin
4.
Memastikan permohonan kemudahan infrastruktur komputer dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan
5.
Memberi latihan kefahaman tentang penggunaan peralatan IT kepada semua kakitangan MPJBT khasnya pengguna-pengguna sistem

 

Objektif

1. Menjadikan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah suatu penguasa tempatan yang tidak ketinggalan di dalam bidang teknologi maklumat
2. Memberi perkhidmatan yang lebih cepat dan sempurna kepada orang ramai ketika berurusan dengan pihak Majlis
3. Menggalakkan kakitangan bekerja menggunakan komputer agar dapat menghasilkan produktiviti yang lebih baik dan memuaskan
4. Memastikan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah sentiasa peka dengan kemajuan ICT dengan menggunakan teknologi serta aplikasi ICT terkini
5. Menggalakkan budaya penggunaan komputer di kalangan pegawai dan kakitangan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti produk

 

Fungsi Bahagian

1. Menyediakan garis panduan dan latihan penggunaan komputer kepada setiap jabatan di dalam Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
2. Menyelenggara dan memastikan perkakasan komputer di setiap jabatan sentiasa berada di dalam keadaan yang sempurna
3. Membuat analisa dan kajian kemungkinan untuk menyelesaikan proses dan pengurusan maklumat ke arah pengkomputeran
4. Membantu jabatan dalam kerja-kerja menggunakan komputer
5. Memastikan kesempurnaan perkakasan komputer di setiap jabatan

Halaman: 1  2  

               
Unit Pusat Universiti Koridor Raya Multimedia KEJORA Portal Kerajaan Negeri Johor Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Malaysia MyIdeas Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
               


Saiz Teks & Warna Teks :
Kecilkan Teks Besarkan Teks Set_Semula Teks Merah Teks Biru Teks Hijau
| Latar Belakang :
| Teks Suara :
Teks Suara