Pengenalan
Jabatan Landskap Dan Rekreasi diwujudkan pada 1 Jun 2000 di mana kakitangan Pentadbiran pada mulanya berjumlah 4 orang. Ia bertujuan bagi menyatukan aktiviti-aktiviti Landskap di bawah satu Pentadbiran yang sebelum ini dibawah Jabatan-Jabatan yang berlainan.
Dengan cara ini aktiviti-aktiviti landskap di bawah MPJBT dapat diselaraskan agar perkhidmatan pembangunan landskap yang lebih menyeluruh untuk masyarakat dapat dilaksanakan.
Jabatan ini terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu :-
1. Bahagian Projek & Kontrak Penyelenggaraan
2. Bahagaian Pelan Landskap
3. Bahagian Tapak Semaian
4. Bahagian Selenggara
5. Bahagian Tebang/Cantas
6. Bahagian Persiapan
Piagam Pelanggan
| 1. | Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan kemudahan pengindahan dan rekreasi demi untuk meningkatkan persekitaran hidup yang bersih, indah dan selesa |
| 2. | Kami berjanji untuk memandu dan mengawal pembangunan landskap melalui perlaksanaan kawalan pembangunan landskap, peraturan dan menggunapakai garispanduan landskap Negara demi mewujudkan sebuah perbandaran yang indah dan sejahtera |
| 3. | Kami berjanji untuk memelihara keseimbangan antara pembangunan dengan alam sekitar melalui perlaksanaan aktiviti landskap yang berkualiti dalam setiap aktiviti pembangunan landskap yang dijalankan |
| 4. | Kami berjanji untuk merancang dan membangunkan taman awam, kawasan lapang, jalan-jalan uatama yang bermutu dan berdaya maju |
| 5. | Kami berjanji untuk mengingkatkan kesedaran awam, kepakaran dan pengetahuan dalam pembangunan dan pengurusan landskap |
| 6. | Kami berjanji untuk menyelesaikan setiap permasalahan dan aduan yang berkaitan pembangunan landskap demi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan |