header BM
 
UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

Template Seragam Senarai Semak Dokumen Dan Senarai Semak Terperinci Agensi Teknikal Luaran Untuk Proses Kelulusan Pemajuan Melalui Pusat Setempat (OSC)(Klik disini)

1.0 Latar Belakang

   i. Ditubuhkan pada 1 Januari 2004 berdasarkan persetujuan dan perakuan daripada Strategic Thrust Committee On Government Delivery System
  ii. Pada 21 Mac 2007, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju ke atas penubuhan Pusat Setempat (OSC) yang baru di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertujuan untuk menyelaraskan permohonan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan
  iii. Beroperasi di Aras 6, Menara MPJBT.
     
2.0 Piagam Pelanggan
   i. Memproses Permohonan Pelan Kebenaran Merancang/Pindaan Kebenaran Merancang yang telah lengkap dalam tempoh 56 hari dari tarikh permohonan diterima sehingga di bawa ke dalam Mesyaurat JK OSC.
  ii. Memproses Permohonan Pelan Kerjatanah, Jalan dan Perparitan yang telah lengkap dalam tempoh 56 hari dari tarikh permohonan diterima sehingga di bawa ke dalam Mesyaurat JK OSC.
  iii. Memproses permohonan Pelan Bangunan yang telah lengkap dalam tempoh 56 hari dari tarikh permohonan diterima sehingga di bawa ke dalam Mesyaurat JK OSC.
  iv. Permohonan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) yang diterima akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja.
     
3.0 Fungsi
   i. Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit dan pelan-pelan lain berkaitan cadangan pemajuan;
  ii. Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan dibawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan; dan
  iii. Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).
     

 

4.0 Carta Organisasi

Halaman: 1  2  3  

               
Unit Pusat Universiti Koridor Raya Multimedia KEJORA Portal Kerajaan Negeri Johor Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Malaysia MyIdeas Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
               


Saiz Teks & Warna Teks :
Kecilkan Teks Besarkan Teks Set_Semula Teks Merah Teks Biru Teks Hijau
| Latar Belakang :
| Teks Suara :
Teks Suara