UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

5.0 Jenis Permohonan Yang DIterima Melalui OSC

OSC MPJBT akan menerima semua permohonan cadangan pemajuan yang dikemukakan manakala tempoh memproses adalah tertakluk kepada norma masa yang telah ditetapkan bagi setiap proses yang berkenaan. Dengan adanya sistem ini, pemohon boleh memilih untuk mengemukakan permohonan cadangan pemajuan secara serentak, berturutan ataupun mengikut kesesuaian/keselesaan pemohon. Empat jenis permohonan yang diterima dan diproses melalui Pusat Setempat iaitu:

Bil  Jenis Permohonan  Penerangan
1. Permohonan Perihal Tanah
i. Permohonan perihal tanah di bawah peruntukan Seksyen 124A, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 – Permohonan serentak untuk pecah sempadan dan pengubahan syarat, sekatan dan kategori tanah
ii. Permohonan perihal tanah di bawah peruntukan Seksyen 204D, KTN – Permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah
* Urusan-urusan perihal tanah di bawah Seksyen 124, KTN bagi permohonan pengubahan syarat, sekatan dan kategori tanah, Seksyen 135 KTN bagi permohonan pecah sempadan dan Seksyen 146 KTN bagi permohonan penyatuan tanah masih boleh dikemukakan mengikut amalan semasa.
 2. Permohonan Kebenaran Merancang
i. Pemajuan yang perlu mendapatkan kelulusan kebenaran merancang menurut Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) 2008 Negeri Johor adalah seperti berikut:
  a) Untuk mendirikan/membina/menjalankan di atas tanah suatu bangunan/ bangunan-bangunan/kerja-kerja;
  b) Untuk membuat perubahan yang matan dalam penggunaan tanah mengikut pelan susunatur ;
  c) Untuk membuat perubahan yang matan dalam penggunaan bangunan / bangunan-bangunan ;
  d) Untuk menjalankan tambahan ke atas sesuatu bangunan;
  e) Untuk menjalankan pemajuan kejuruteraan / perlombongan / perindustrian; dan
  f) Membuat pindaan kepada kebenaran merancang.
 3. Permohonan Pelan Bangunan
i. Permohonan di bawah Seksyen 70, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).
 4. Permohonan Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan dan Parit
i. Permohonan di bawah Seksyen 70A, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).
   

 

6.0 Senarai Semak Yang Digunakan

Bil Jenis Borang Muat Turun PDF
1. Senarai Semak Permohonan Kebenaran Merancang (Pembangunan Tanah)  Muat Turun
2. Senarai Semak Permohonan Pindaan Kebenaran Merancang  Muat Turun
3. Senarai Semak Permohonan Kebenaran Merancang (Pendirian Bangunan)  Muat Turun
4. Senarai Semak Permohonan Pelan Kerjatanah dan Insfrastruktur Muat Turun
5. Senarai Semak Permohonan Pindaan Ke Atas Pelan Lulus Kerjatanah dan Insfrastruktur  Muat Turun
6. Senarai Semak Permohonan Pelan Bangunan  Muat Turun
7. Senarai Semak Permohonan Pindaan Ke Atas Pelan Lulus Bangunan  Muat Turun
8. Senarai Semak Permohonan Pelan Lampu Awam  Muat Turun
9. Senarai semak Permohonan Lanskap  Muat Turun
10. Senarai Semak Permohonan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO)  Muat Turun
11. Senarai Semak Penerimaan Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC)  Muat Turun

Halaman: 1  2  3  

               
Unit Pusat Universiti Koridor Raya Multimedia KEJORA Portal Kerajaan Negeri Johor Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Malaysia MyIdeas Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan