Pengenalan
Jabatan Perbendaharaan bertanggungjawab ke atas kutipan hasil Majlis dan mengawal perbelanjaan Majlis sewajarnya bagi memperbaiki tahap kehidupan pembayar cukai
Fungsi
a) Menguruskan rekod perakaunan
b) Menguruskan pembayaran
c) Menguruskan belanjawan
d) Menguruskan hasil
e) Menguruskan cukai harta
f) Pengurusan letak kereta
Objektif
Memastikan pengurusan kewangan diurus dengan cekap dan sistematik mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan.
Piagam Pelanggan
| 1. | Tempoh masa bagi proses terimaan bayaran dikaunter adalah tidak melebihi dari 10 minit pada hari biasa (kecuali Januari, Februari, Julai dan Ogos) |
| 2. | Pembayaran melalui perkhidmatan e-banking dan kaunter bank akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dari tarikh diterima dari pihak bank (kecuali Januari, Februari, Julai dan Ogos) |
| 3. | Pembayaran melalui Pos / Peti Cek akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dari tarikh diterima di Jabatan Perbendaharaan (kecuali Januari, Februari, Julai dan Ogos) |
| 4. | Cek bayaran akan disiapkan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dari tarikh tuntutan lengkap disemak oleh pegawai di Jabatan Perbendaharaan. |
| 5. | Bayaran balik wang amanah / deposit akan disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima di Jabatan Perbendaharaan. |
Maklumat Cukai Harta
Apa itu Cukai Harta?
Cukai Harta (Cukai Taksiran) adalah satu kadar yang dikenakan ke atas semua jenis pegangan harta yang berada di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah seperti :-
| 1. | Rumah Kediaman |
| 2. | Harta Perusahaan / Perdagangan |
| 3. | Kompleks, Kilang, Rumah Kedai, Hotel |
| 4. | Tanah Kosong dan sebagainya |
Jumlah cukai harta yang dikenakan adalah berdasarkan nilai taksiran bagi sesuatu pegangan dan kadar tertentu yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri.
Bila cukai perlu dibayar?
Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Cukai Harta perlu dijelaskan dua (2) kali setahun pada tempoh yang ditetapkan iaitu :
| 1. | Penggal Pertama (Setengah Tahun Pertama) |
| | a) | 1 Januari Hingga 28 Februari |
| 2. | Penggal Kedua (Setengah Tahun Kedua) |
| | b) | 1 Julai Hingga 30 Ogos |
MPJBT tidak tertakluk untuk menghantar dan memastikan bil cukai harta diterima. Pemilik adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Harta di mana-mana kaunter yang disediakan dalam tempoh yang telah di tetapkan.