Objektif
Membuat penilaian ke atas pegangan-pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah bagi maksud pungutan cukai harta sebagai sumbangan utama kepada hasil Majlis
1. Menjaga keadilan di dalam sistem percukaian Majlis
2. Menguruskan harta-harta Majlis dengan berkesan
Piagam Pelanggan
| 1. | Kami akan memberi layanan yang mesra, cekap dan adil apabila berurusan dengan pelanggan |
| 2. | Penilaian harta bagi tujuan kadaran akan dibuat dengan adil dan berpandukan kepada Tone Of The List yang telah ditetapkan |
| 3. | Peluang akan diberi kepada semua pemilik harta untuk membuat bantahan dalam tempoh 20 hari daripada notis dikeluarkan |
| 4. | Borang Permohonan Pindahmilik (Borang I) daripada individu yang telah lengkap akan diproses dalam tempoh 20 minit |
| 5. | Mengurus dan menyelenggara harta-harta Majlis mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan |
| 6. | Setiap aduan ke jabatan ini kan dilayan dan diambil tindakan |
| 7. | Memproses pindahmilik harta sebagaimana peruntukan Seksyen 160 Akta 171 |
| 8. | Menjalankan kerja-kerja penilaian bagi maksud caruman Membantu Kadar ke atas bangunan milik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan-badan Berkanun menikut peruntukan Perkara 156 Perlembagaan Persekutuan |
| 9. | Memproses permohonan remisi untuk bangunan yang tidak diduduki mengikut peruntukan Seksyen 162 Akta 171 |
| 10. | Menguruskan harta-harta Majlis dari segi penyewaan, penyelenggaraan, keselamatan dan kebersihan bangunan. |
Aktiviti Bahagian Penilaian
1. Menyediakan Senarai Nilaian Harta Baru
2. Membuat pindaan kepada Senarai Nilaian
3. Penilaian Am semula
4. Pindahmilik Borang I
5. Menyediakan senarai Nilaian Caruman Bantu Kadar
6. Permohonan Remisi bagi bangunan yang tidak diduduki
Aktiviti Bahagian Pengurusan Harta
1. Memproses Permohonan Sewa, Gerai, Pasar, Arked, Bengkel Dan Pejabat
2. Penyelenggaraan Bangunan-Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
3. Permohonan Sewa Dewan Dan Gelanggang
4. Memproses Permohonan Penswastaan Bangunan MPJBT
5. Permohonan Tanah Dan Menguruskan Harta-Harta Majlis