Jata ini melambangkan identiti Negeri Johor Darul Takzim di samping menggambarkan lima Prinsip Asas Kerajaan Tempatan dan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT). Jata MPJBT yang berbentuk bulat membawa maksud pentadbiran MPJBT di dalam satu kawasan yang bersatu dan seterusnya melambangkan perpaduan kerjasama semua di peringkat pengurusan MPJBT dalam mewujudkan Perbandaran yang terancang, berbudaya, indah dan sejahtera. Tulisan jawi yang diterapkan di bahagian atas bulatan pula menunjukkan jati diri, agama dan budaya harus dipelihara.
Keterangan Warna Logo
Merah
Melambangkan keberanian, keteguhan dan ketegasan MPJBT dalam menjalankan pentadbiran.
Biru
Melambangkan perpaduan nasional dan keluhuran hati serta kegigihan dan kesungguhan setiap individu MPJBT yang sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik terhadap masyarakat.
Kuning
Melambangkan kebesaran dan kekuasaan raja yang memerintah dan menunjukkan Johor sebuah negeri yang berdaulat. Ia juga melambangkan semangat MPJBT yang sentiasa berkobar dalam menjalankan tugas ke arah mencapai matlamat MPJBT.
Hijau
Melambangkan sejarah latarbelakang kawasan majlis yang dahulunya sebagai kawasan hijau bagi penanaman gambir dan lada hitam di samping menunjukkan MPJBT berusaha bagi mewujudkan perbandaran yang terancang, berbudaya dan tidak lupa dalam mempamerkan keindahan kawasan MPJBT serta kesejahteraannya.
Jingga
Melambangkan sifat aktif, gagah dan perkasa MPJBT dalam menjalankan tugas bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat.