denda

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 - AKTA 171
(Seksyen 104 - Penalti Kerana Melanggar Undang-Undang Kecil)

Sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, dengan undang-undang kecil kaedah atau peraturan menetapkan denda tidak lebih daripada RM 2,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 1 tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya bagi pelanggaran mana-mana undang-undang kecil, kaedah atau peraturan dan, mengenai sesuatu kesalahan yang berterusan ia boleh menetapkan sejumlah wang tidak lebih daripada RM 200 bagi tiap-tiap 1 hari selama tempoh kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

KOMPAUN KEKOTORAN
[Undang-Undang Kecil Kekotoran 1982 Seksyen 10]
J.P.U. 84 - 5hb Disember 1985]

Kompaun Anti Liter
Sesiapa yang melanggar mana-mana Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran boleh dikompaun oleh mana-mana pegawai MPJBT atas budi bicaranya sejumlah wang tidak melebihi RM 250

KOMPAUN KESALAHAN PENJAJA
[Undang-Undang Kecil Penjaja 1982 Seksyen 22]
J.P.U. 11 - 29hb Mac 1984

Kompaun Kesalahan Penjaja
Seseorang yang bertindak sebagai penjaja tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada RM 1,000

KOMPAUN BERNIAGA TANPA LESEN
[Undang-Undang Kecil Licensing of Trades, Businesses Industries and Professions (MPJBT)]
1982 Seksyen 6]
J.P.U. 107 - 9hb Disember 1982

Kompaun Kesalahan Berniaga Tanpa Lesen Perniagaan
Seseorang yang menjalankan perniagaan di premis tanpa lesen atau tidak mempamirkan lesen perniagaan bolehlah disabitkan kesalahan mengenakan denda tidak melebihi RM 2,000

Halaman: 1  2  3  

1Malaysia Koridor Raya Multimedia Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Malaysia Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
Unit Perancang Ekonomi Jobs Malaysia Unit Pusat Universiti